Senarai Lagu “Hate & Vanity” seperti Gravebound, Suicide Season, dan Cold Luck (feat. Three Knee Deep.
Rilisan ini tidak tertumpu kepada satu naratif khusus. Lagu “Gravebound” dan “Cold Luck” mengetengahkan tema pengkhianatan, kesetiaan palsu, serta realiti berdepan dengan individu bermuka dua yang sering ditemui dalam perjalanan hidup.
Sementara itu, “Suicide Season” membawa makna yang lebih peribadi buat vokalis band ini. Lagu tersebut menyelami perjuangan melawan kemurungan, tekanan emosi, dan keinginan untuk melarikan diri daripada rasa sakit yang menghimpit. Ia mencerminkan pengalaman sebenar vokalis dalam menghadapi cabaran kesihatan mental dan liku-liku kehidupan.
“Kami semua pernah menghadapi kesulitan dan melalui pengalaman hidup yang berat. Promo ini merepresentasikan perjalanan tersebut.” Ujlas Leo, Vokalis Moneybag1327
Sejak penubuhannya, Moneybag1327 telah melalui beberapa perubahan barisan anggota. Bermula dengan lima orang dan kini kekal sebagai sebuah kumpulan berempat. Menariknya, rilisan ini turut dianggap berpotensi menjadi karya terakhir mereka untuk satu tempoh tertentu. Setelah merasakan kebanyakan matlamat sebagai sebuah band telah dicapai, mereka memilih untuk berehat seketika. Menjadikan promo ini sebagai penanda penting dalam perjalanan muzik mereka.
Seiring dengan pelancaran maxi single ini, Moneybag1327 turut merancang sebuah jelajah penuh di seluruh Malaysia dengan harga tiket yang sangat mampu milik, iaitu hanya RM10 bagi setiap persembahan.
“Langkah ini diambil untuk membuka akses musik hardcore bagi pendengar yang lebih muda, sekaligus memberi ruang bagi band-band lokal di setiap kota untuk ikut diperkenalkan kepada publik.” jelas Leo.
Rilisan ini juga menjadi titik refleksi buat band tersebut dalam menentukan hala tuju seterusnya.
“Di akhir tahun nanti, kami akan memutuskan apakah ingin melanjutkan atau berhenti. Malaysia sudah memiliki begitu banyak band hebat, dan penting untuk memberi ruang bagi band-band baru. Beberapa dari kami juga tertarik untuk mengeksplorasi arah kreatif dan proyek sampingan yang baru mungkin bahkan shoegaze”. Ujar Leo sembari tertawa. ujar Leo sambil ketawa.
Maxi single “Hate & Vanity” kini boleh distrim di semua platform digital. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual jelajah, sila layari laman Instagram rasmi moneybag1327
.png)

Post a Comment