Rina-Hime Kembali Dengan EP Terbaru - Refleksi Ilusi

 


Penyanyi dan penulis lagu, Rina-Hime telah tampil dengan EP terbaru berjudul Refleksi Ilusi. Ianya sebuah karya yang menyelami tema ilusi, pencarian identiti serta tekanan dalaman. EP tersebut kini sudah boleh distrim di semua platform penstriman digital.

Dengan gabungan tenaga J-Rock dan penceritaan emosi yang mendalam, Refleksi Ilusi mengupas realiti membesar dalam persekitaran yang menuntut kesempurnaan, mementingkan imej serta pengiktirafan. Mengandungi enam buah lagu, EP ini menjadi cerminan pertentangan antara harapan masyarakat dan kejujuran terhadap diri sendiri.

Lagu judul Refleksi Ilusi berperanan sebagai nadi utama EP ini. Mengetengahkan konflik antara identiti sebenar dan persona yang dirasakan perlu ditampilkan. Susunan melodi yang penuh ekspresi, digandingkan dengan elemen muzik yang lebih keras. Menggambarkan beban emosi, keraguan diri, dan proses penerimaan yang dilalui.

“EP ini mengisahkan tentang kehilangan diri sendiri ketika cuba menjadi sempurna, dan bagaimana kita belajar untuk menemui diri kita semula,” ulas Rina-Hime.

Sebagai pelengkap kepada karya ini, video muzik rasmi Refleksi Ilusi turut diterbitkan. Ianya menampilkan visual simbolik yang menggambarkan pertembungan antara realiti dan ilusi. Video ini diarahkan oleh Azfar Hamdii dari MTAS Production yang menyampaikan tafsiran sinematik terhadap perjalanan emosi dan proses penerimaan diri Rina-Hime.

“EP ini mengisahkan tentang kehilangan diri sendiri ketika cuba menjadi sempurna, dan bagaimana kita belajar untuk menemui diri kita semula,” komen Rina-Hime.

EP ini diterbitkan oleh Raja Nazmin Shah (pemain dram kumpulan Sekumpulan Orang Gila)  dan turut menampilkan kolaborasi bersama No Time For Silence, Balo (Distorted), Ana Raffali, Raja Farouk, Arif Crusher serta Raja Nazrin Shah selaku vokalis Sekumpulan Orang Gila yang menyumbangkan permainan cello.

Selain pelancaran dalam format digital dan fizikal, video muzik rasmi “Refleksi Ilusi” kini juga telah ditayangkan. Maklumat lanjut mengenai pembelian edisi fizikal boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi Rina-Hime.

Rina-Hime ialah penyanyi-penulis lagu Malaysia serta penyanyi cover anisong yang telah membuat persembahan di serata Asia Tenggara. Mengambil inspirasi daripada budaya pop Jepun, beliau menggabungkan melodi ekspresif dengan pengaruh J-Rock yang bertenaga untuk menghasilkan muzik yang menyentuh emosi pendengar.

Post a Comment

Previous Post Next Post