Biar Betul? Album Meet Uncle Hussain Terjual Dengan Harga RM560?

 

Meet Uncle Hussain(MUH) sememang sebuah band Indie yang telah mencipta satu fenomena pada suatu ketika dahulu. Mula dikenali selepas lagu mereka menjadi ost siri Kami dan seterusnya mencapai kejayaan yang luar biasa termasuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke 23.


Semalam (31/12/21), satu posting tentang jualan mini album MUH, 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari telah mencuri perhatian memandangkan ianya satu-satu ep dari band tersebut. Pemilik ep tersebut, Saifulnizam Adzha membuka jualan dengan harga bidaan, siapa yang mampu memberi harga yang tinggi maka ep MUH akan menjadi milik orang tu. Jualan yang ditutup pada ambang tahun baru ini berjaya mencecah angka RM560!

Jualan ep MUH ditutup dengan harga RM560

Ep ini mempunyai beberapa lagu hit seperti Halusinasi, lalala kerjala, lagu Untukmu dan Milk In The Bottle. Perkara ini sudah tentu tidak mengejutkan memandangkan ini adalah peninggalan yang mempunyai ni sejarah, lebih-lebih lagi daripda band MUH. Penulis juga pernah menjual beberapa album indie tempatan dengan harga yang cukup tinggi.

7 Tahun 3 Bulan 90 Hari. Kredit: Saifulnizam Adzha



kredit: Saifulnizam Adzha

Walaupun impak yang sangat hebat dilakukan oleh MUH namun pelbagai masalah yang timbul, daripada pengunduran vokalisnya, Lan sdan sebagainya. Namun semua akui MUH tetap dirindui bukan sahaja peminat Indie malahan mereka-mereka yang pernah membesar dengan lagu-lagu MUH.

sumber: Kredit: Saifulnizam Adzha




Post a Comment

Previous Post Next Post
banner