Ghea Indrawari Temui Peminat Kuala Lumpur Menerusi Konsert “RASI JIWA”

 


Penyanyi berbakat dari Indonesia, Ghea Indrawari bakal kembali ke Malaysia untuk mengadakan sebuah konsert solo eksklusif berjudul “GHEA INDRAWARI : RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur”. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 8 Mei 2026 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Persembahan ini dijangka membawa nuansa penuh emosi dan keakraban. Ianya sejajar dengan identiti muzik Ghea yang sinonim dengan lagu-lagu balada yang jujur, menyentuh perasaan serta sarat dengan penceritaan dalaman.

Menurut Ghea, konsep Rasi Jiwa mengangkat makna penerimaan diri serta perjalanan emosi manusia yang tidak selalu berada dalam keadaan sempurna.

Rasi Jiwa menolak standard ‘harus baik-baik saja’. Ia mengajak anak muda untuk mengakui proses termasuk fasa bingung, jatuh dan belum selesai,” ulasnya

Konsert ini direka untuk mewujudkan pengalaman yang lebih dekat dan peribadi antara artis dan penonton. Beberapa kategori tiket disediakan termasuk kawasan berdiri bebas, tempat duduk bernombor, serta zon VIP yang terletak berhampiran pentas.

Menariknya, setiap kategori tiket dinamakan mengikut fasa emosi kehidupan. Harga tiket bermula dari RM198 – RM238 bagi kategori berdiri di tingkat bawah, manakala RM338 – RM368 untuk tempat duduk di tingkat atas. Tiket VIP Suite ditawarkan pada harga RM5,000, sementara pakej Meet & Greet berharga RM300.

Pemilihan Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert dilihat selari dengan konsep yang menitikberatkan elemen keintiman dan hubungan emosi antara Ghea dan para peminat.


Tiket konsert “RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” boleh didapati menerusi laman rasmi https://GheaRasiJiwaKL.com serta platform penjualan tiket LOKET.

Jualan tiket Pra-Jualan akan dibuka pada 10 Januari 2026 bermula jam 10.00 pagi khusus untuk peminat yang telah mendaftar di laman tiket. Manakala Jualan Awam akan bermula pada 11 Januari 2026.



Post a Comment

Previous Post Next Post