Kumpulan Jetcetera telah muncul dengan muzik video terbaru berjudulYang Kau Percaya (Ada di Sini).
Lagu “Yang Kau Percaya (Ada di Sini)” ialah single terbaru daripada Jetcetera yang telah dilancarkan pada 22 Ogos 2025 lalu. Karya ini membawa tema kerinduan yang mendalam terhadap sesuatu yang kita rasa dah ada dalam genggaman, namun sebenarnya belum sepenuhnya milik kita.
Lagu ni menjadi pembuka jalan untuk album sulung mereka Perantara yang dijangka keluar pada November 2025. Maka keluarlah video muzik Yang Kau Percaya (Ada di Sini) yang menampilkan pelakon Mia Sabrina Mahadir pada baru rilis di YouTube pada 16 Oktober lalu.
Video muzik ni diarahkan oleh Aina Marlisa serta diterbitkan oleh Safa Azul dari kolektif Sinema Awan Mendung. Sebelum ini kolektif tersebut juga bertanggungjawab untuk dua video terdahulu Jetcetera iaitu Suratan Masa Depan dan Call Me When You Get Home.
Kisah dalam video ni agak tenang dan penuh makna. Ianya mengisahkan perjalanan seorang wanita yang menjaga taman kecilnya dengan penuh kasih sayang. Taman tu sebenarnya jadi simbolik kepada dunia dalaman dia sendiri — tempat yang dia bina dengan harapan, kekuatan dan cinta. Walaupun dikelilingi keindahan yang dia sendiri cipta, jauh di hati dia masih mengharapkan kasih yang sama daripada orang lain.
Dia percaya dia layak dicintai akan tetapi tetap tertanya-tanya kenapa cinta tu belum datang kepadanya. Namun, dia terus melangkah dengan lembut. Tak pernah hilang harapan bahawa satu hari nanti cinta akan sampai juga. Tanpa dia sedar, sebenarnya dia dah pun membina sesuatu yang sangat bermakna — kehidupan dan ruang yang dipenuhi kasih yang dia kongsi dengan orang sekeliling.
Video ni membawa mesej yang lembut tapi mendalam: segala yang kita cari sebenarnya sudah pun ada dalam diri kita sendiri. Oleh itu jom layan muzik video Yang Kau Percaya (Ada di Sini).



Post a Comment