Selepas menutup persembahan terakhir di Bogor pada Mei lalu, janji yang ditinggalkan oleh Tulus akhirnya ditepati! Lima nama besar dalam industri muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf bakal bertemu peminat Malaysia menerusi Tur SAMA SAMA. Ianya akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025.
Tur yang telah mencipta fenomena di empat kota besar Indonesia itu kini melebarkan sayapnya ke Malaysia sebagai destinasi kelima. Persembahan ini menjanjikan kolaborasi unik dan pengalaman muzik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Penganjur bersama, PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Tiga Dua Satu, dan Thrive sangat berbesar hati dapat merealisasikan impian pemuzik-pemuzik ini untuk bertandang ke Malaysia.
“Tentu sahaja pengumuman Tur SAMA SAMA yang bakal diselenggarakan di Idea Live Arena menjadi sebuah mimpi besar yang hampir direalisasikan kami selaku penganjur setelah mendapat sambutan hangat di Indonesia,” ulas Udzir Harris dari Thrive.
““Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf akan bertandang ke sini membawa tema kolaborasi tak biasa di Tur SAMA SAMA juga adalah janji kerana sedar apresiasi peminat terhadap mereka cukup besar,” ucap Bram Tulong dari Expoindo.
“Sampai jumpa di Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena pada 5 Disember 2025. Jangan sampai tidak membeli tiketnya kerana anda akan rugi terlepas momen sebuah tur kolaborasi paling epik di tahun ini,” ulas Tiur Tobing dari Tiga Dua Satu.
Tiket pra-jualan untuk Tur SAMA SAMA telah mula dijual sejak 29 September 2025, bermula pada harga RM228. Sebanyak 11 kategori tiket disediakan — termasuk Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite — boleh dibeli melalui BBO Events dan laman rasmi samasamatur.com.
Atas permintaan tinggi, tempoh pra-jualan kini dilanjutkan dari 19 Oktober hingga 2 November 2025.
Dalam kenyataan bersama, Sal Priadi turut meluahkan rasa teruja:
“Kami sedang merealisasikan janji yang diucap. Sampai jumpa di Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena pada 5 Disember ini. Kami sangat tidak sabar untuk berkongsi persembahan dalam format kolaborasi yang tidak pernah kami lakukan di pentas selain Tur SAMA SAMA. Selamat menikmati format dinamik dari solo, duet, trio, hingga kuintet kami,”
Tur ini bukan sekadar mempertemukan lima artis di satu pentas, tetapi juga menampilkan mereka saling bertukar lagu, mengolah susunan muzik baru dan mencipta momen eksklusif yang hanya dapat disaksikan dalam siri jelajah ini.
Sebelum ini, Tur SAMA SAMA telah mendapat sambutan hangat di Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor. Ia membuktikan kekuatan kolaborasi lintas generasi dan gaya muzik antara lima pemuzik berpengaruh ini.
Untuk maklumat terkini, peminat boleh mengikuti perkembangan melalui media sosial rasmi @samasamatur dan @thriveevents_my.
🎟️ Maklumat Acara:
Acara: Tur SAMA SAMA
Artis: Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf
Lokasi: Idea Live Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 5 Disember 2025
Masa: 7.30 malam
Penganjur: ExpoIndo, Thrive, Tiga Dua Satu
Tiket: BBO Events & samasamatur.com
Pra-jualan: Dilanjutkan hingga 2 November 2025
Tur SAMA SAMA turut disokong oleh Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia, dengan rakan strategik seperti myBCA (bank rasmi), ERA, Sinar dan THR Gegar (radio rasmi), serta Astro Gempak sebagai rakan digital utama.


Post a Comment