[Exposure Lokal] Lycosa Tampil dengan Single Terbaru - "Cahaya"

Lycosa
Kumpulan baru dari KL/Selangor, Lycosa telah muncul dengan single kedua berjudul Cahaya.

Lycosa adalah band Alternative Rock yang berasal dari KL dan Selangor. Mereka cuba membawa muzik yang berteras kepada emosi gelap, semangat yang membara, dan pergelutan dalaman. Band-band seperti My Chemical Romance, Guns And Roses dan Green Day menjadi antara pengaruh kepada muzik bawaan mereka.


Lycosa dianggotai oleh Shah (vokal), Qarl (gitar), Yol (gitar 2), Faizal (bass) dan Paan (dram).



Celaru adalah taruhan pertama mereka yang telah dilancarkan pada Mei 2025 lalu. Selepas beberapa bulan, Lycosa muncul pulan dengan single kedua berjudul Cahaya. Lagu tersebut menyentuh tentang kerinduan, harapan, dan perjuangan untuk keluar dari kegelapan.


Kehadiran dua single dari kumpulan ini adalah bukti bahawa mereka cuba untuk membawa semangat serta kejujuran dalam muzik masih mampu menembusi ruang industri moden. Lycosa kini sudah bersedia untuk membawa pendengar lebih jauh ke dalam dunia muzik mereka yang penuh jiwa dan emosi.

Post a Comment

Previous Post Next Post