![]() |
Fareeq Alias menerima anugerah untuk doku Pekik. Photo Finas |
Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 – Filem dokumentari bertajuk 'PEKIK' yang memaparkan suasana muzik independen sekitar tahun 90an, telah dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut pengarah 'PEKIK', Fareeq Alias, ketika menerima trofi di atas pentas FFM33, kemenangan ini didedikasikan khas untuk 'scene' muzik independen tempatan.
Sehubungan itu, satu acara persembahan bersama artis-artis yang terlibat dalam filem dokumentari tersebut akan diadakan pada 28 Disember 2024 bertempat di Black Box, Damansara Performing Arts Centre.
Acara yang dinamakan 'Gemersik dialun Pekik' ini akan menampilkan persembahan muzik akustik daripada 10 kumpulan independen tempatan, termasuk OAG, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G), Republic of Brickfields dan Emmett I.
Acara ini akan mempunyai dua sesi persembahan pada hari yang sama. Butiran sesi dan senarai kesemua artis yang terlibat adalah seperti berikut:
PERSEMBAHAN 1: Masa: 2:30 PM. Artis: • Republic of Brickfields • Emmett I • The Exact • Tam • Motherland.
PERSEMBAHAN 2: Masa: 7:30 PM • OAG • Sekumpulan Orang Gila • Pesawat • Francis Wolf • Private Whizz.
Acara ini turut menampilkan muzik akustik tradisional dengan persembahan dikir barat. Inisiatif ini tidak hanya bertujuan untuk menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia, tetapi juga untuk memastikan ia terus dihargai dalam landskap muzik moden yang semakin berkembang.
Untuk pembeli tiket “Gemersik dialun Pekik”, peminat akan menerima akses percuma untuk menonton filem Pekik. Ini adalah peluang yang baik bagi mereka yang terlepas menonton di Astro First & Viu sebelum ini. Akses ini akan diberikan semasa acara berlangsung.
Acara “Gemersik dialun Pekik” dianjurkan oleh Stereo Pixels Sdn Bhd dan disokong oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Tiket masuk (terhad kepada 120 tiket untuk setiap persembahan) dan cenderahati rasmi boleh dibeli atas talian melalui laman web https://pekik.stereopixels.com/
Post a Comment