Meet Uncle Hussain Tampil Single Terbaru Palung Terdalam.

 

MUH with Adi

Meet Uncle Hussain (MUH) memperkenalkan single terbaru mereka, Palung Terdalam. Kali ini mereka cuba meneroka dimensi baru dalam muzik dengan menggabungkan elemen atmosferik kaya daripada melodi pop kota Jepun. Dengan Adi Priyo tampil dalam posisi vokalis dalam lagu ini.

Ianya sekaligus menghasilkkan bunyi yang unik serta menarik. Sesuatu yang sangat berbaloi kepada para peminat untuk menikmati muzik yang berbeza daripada MUH.

 


Lirk yang dihasilkan oleh taja dan Bintang ini mengajak para pendengar untuk mendalami maksud tersembunyi di sebalik bait-baitnya. Diselimuti dengan melodi lembut serta memikat, Ianya meneruskan perjuangan MUH dalam perciptaan lagu.


Palung Terdalam menjadi penerus evolusi MUH selepas lagu-lagu "Pokok", "Buru Terburu", dan "Tandus". Mereka terus komitmeen serta tidak goyah dalam meneroka sempadan kreativiti. Setiap lirik, lagu serta produksi daripada mereka telah ditetapkan dengan standard yang tinggi, menjadikan karya-karya mereka sesuatu yang enak untuk didengari.


Dengarkan Palung Terdalam:

Post a Comment

Previous Post Next Post