Akan Datang: Konsert Kumpulan For Revenge Live Di Kuala Lumpur

 

For revenge

Miebird Projects mempersembahkan konsert "Perayaan Patah Hati" Babak 1 di Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan band emo terkenal dari Bandung, Indonesia, For Revenge yang bakal beraksi pada 6 Disember 2024 di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam. Kumpulan tempatan, Insomniacks akan menjadi artis jemputan istimewa pada malam itu.

Insomniacks 

For Revenge adalah sebuah band muzik emo yang ditubuhkan di kota Bandung, Indonesia pada tahun 2006. Kumpulan ini terdiri daripada vokalis Boniex Noer, gitaris Arief Ismail, pemain bass Izha Muhammad, dan pemain dram Ari Pribadi.


Kekuatan utama for Revenge terletak pada keupayaan mereka untuk mengekspresikan emosi dengan jujur dan kuat dalam muzik mereka. Komitmen dan keberanian For Revenge dalam mencipta muzik beremosi telah terbukti sejak mereka muncul di pentas muzik bebas dengan album "Fireworks" (2010), "Second Chance" (2013), dan "Auristella" (2019).

 

Boniex Noer

Secara perlahan namun pasti, For Revenge telah membina salah satu pangkalan peminat yang paling setia dalam dunia muzik independen, menjadikan mereka antara band yang paling dihormati di Bandung. Selain daripada rekod prestasi mereka yang telah berkembang selama sedekad, kejayaan besar yang dicapai melalui album "Heartbreak Celebration - Round 1" pada 2022 membawa for Revenge menjadi perhatian ramai.

 

Dengan balada pop-rock beremosi seperti "Serana", "Jakarta Hari Ini", dan "Untuk Siapa?" yang membawa kepada pencalonan Anugerah Musik Indonesia (AMI) pertama mereka dalam kategori Duo/Kumpulan/Kolaborasi Pop Terbaik, For Revenge juga mencerminkan kebangkitan semula band kontemporari dalam industri muzik Indonesia. Pada tahun 2024, For Revenge telah menyertai label muzik baru serta mengeluarkan "Sadrah", yang merupakan prolog kepada album baru mereka yang akan datang, yang bertajuk "Perayaan Patah Hati - Babak 2".

 

Poster Rasmi

Tiket boleh dibeli: www.ilassotickets.com/perayaanpatahhatikl

*Untuk info terkini sila ikuti laman sosial media IG/TikTok/FB/X @miebirdprojects.

 

INFORMASI

TAJUK: PERAYAAN PATAH HATI [Babak 1. Kuala Lumpur] “DETIK. MENIT. JAM” KUALA LUMPUR

• 06 DISEMBER 2024 - Jumaat

• 8:00 malam

• ZEPP KUALA LUMPUR

 TIKET

RM 168.00 - JAKARTA HARI INI -(Berdiri - Zon Belakang )

RM 198.00 – SERANA (Berdiri - Zon Hadapan)

RM 238.00 - PULANG - (Duduk - Biasa)

RM 298.00 - SADRAH - (Duduk - Premium)

RM 438.00 -Per Pax - VIP BOX (Tshirt+Lanyard+VIP Tag+Poster)

RM 258.00 - MEET & GREET (Pass Istimewa + Poster)

(Harga tiket termasuk 10% duti hiburan dan tidak termasuk RM4 caj proses)


Post a Comment

Previous Post Next Post