Emmjay Hadir Single Baru “Bukan Takdir” Bersama Video Muzik Rasmi

Penyanyi dan komposer, EmmJay telah tampil dengan single terbarunya berjudul Bukan Takdir yang dilancarkan bersama video muzik rasmi. Ini sekali gus menambah satu lagi detik penting dalam perjalanan seninya.

Bukan Takdir menyampaikan mesej yang sarat emosi tentang pentingnya memberi ruang kepada diri sendiri sebelum berusaha membahagiakan orang lain. Lagu ini mengajak pendengar untuk belajar melepaskan dengan hati terbuka serta menerima bahawa setiap yang berlaku dalam hidup telah ditentukan oleh-Nya.

Lagu ini diterbitkan oleh EmmJay sendiri bersama Aliff Yang. Ianya tercetus daripada sesi jamming dan freestyle yang penuh penghayatan serta diinspirasikan daripada pengalaman peribadi mereka. Proses kreatif yang berlaku secara spontan itu akhirnya melahirkan sebuah karya yang jujur dan mudah menyentuh hati.


Bagi memperkaya susunan muzik, EmmJay turut menggandingkan beberapa pemuzik muda berbakat seperti:


  • Gitar: Aliff Yang

  • Bass: Ammar Azz

  • Keys: Nano Jumbo

  • Cello: Hizami


Video muzik rasmi Bukan Takdir menampilkan Afira Chin, Asif dan Qif sebagai teraju utama. Ia berjaya menghidupkan jalan cerita lagu dengan penuh emosi dan penghayatan. Lagu serta muzik video ini turut disarankan untuk dinikmati bersama pembacaan Mini Novel Bukan Takdir, yang telah diperkenalkan pada 24 Januari 2026 ketika acara EmmJay Showcase & Intimate Session di Liberal Latte, Kuala Lumpur.



Kejayaan Showcase Pertama EmmJay


Pelancaran single ini juga menjadi ruang untuk EmmJay mengenang kejayaan showcase solo sulungnya, “EmmJay Showcase & Intimate Session”. Ia berlangsung pada 24 Januari 2026 di Liberal Latte, KL.


Acara tersebut tercetus hasil sokongan padu peminat di TikTok ketika sesi siaran langsung. Ini membuktikan hubungan erat antara EmmJay dan para penyokongnya. Showcase berkenaan berjaya menghimpunkan peminat dari Kuala Lumpur, Kelantan, sekitar Lembah Klang serta Brunei.


Sepanjang acara berlangsung, sebanyak 51 unit “EmmJay Pack” berjaya dijual, yang mengandungi:

  • Mini Novel Bukan Takdir

  • Lace Masquerade Mask

  • EmmJay Signature “Lucifer Rose”

  • Tiket Fizikal Showcase

  • Kad Penghargaan


Acara tersebut turut diserikan dengan pengacaraan oleh hos terkenal iaitu The Legendary Dee. Beliau berjaya menghidupkan suasana dengan gaya santai dan menghiburkan.


Langkah Seterusnya Buat EmmJay

Sambutan positif terhadap Bukan Takdir serta kejayaan showcase pertamanya menjadi bukti perkembangan kukuh EmmJay dalam industri muzik tempatan dan serantau.


“Lagu ini lahir daripada kejujuran, jamming, dan perasaan sebenar. Saya harap ia dapat memberi kekuatan kepada semua yang sedang mencari makna dalam hidup,” kata EmmJay.


Dengan sokongan peminat yang semakin bertambah, EmmJay bertekad untuk terus menghasilkan karya bermutu serta memperluaskan lagi projek muzik dan kreatifnya pada masa hadapan.


Lebih banyak karya dan kejutan daripada EmmJay dijangka bakal menyusul dalam masa terdekat.

Dengarkan "Bukan Takdir"


Post a Comment

Previous Post Next Post