Kumpulan Piqoddity telah muncul dengan single terbaru yang berjudul “Tikamlah Hati”. Ianya adalah kemunculan terbaru selepas selepas album "Kau Okay Tak?" yang dikeluarkan pada Mac 2022.
Dalam Single terbaru ini, Piqoddity telah tampil dengan elemen yang sedikit berbeza selain mengekalkan identiti Piqoddity; bunyian nusantara dan elemen tradisional.
Tikamlah Hati juga turut dihasilkan dalam bentuk muzik video yang korang boleh layan di YouTube.
Dalam masa yang sama, Piqoddity sedang sibuk menyiapkan sebuah runut bunyi rasmi bagi sebuah filem pendek yang bakal dikeluarkan pada bulan Mac nanti. Mereka juga sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah EP/Album yang terbaru.
Dengarkan "Tikamlah Hati"!
Post a Comment