![]() |
Damned |
Kumpulan Metalcore baru dari negara Jepun, Damned meriliskan single sulung yang bertajuk Veltro.
![]() |
Gitaris: Kou https://instagram.com/kou_damned |
Mengelaskan diri dorang sebagai kumpualn visual Kei Loudcore, korang boleh tengok sendiri imej visual kei yang sinonim dengan band-band dari Jepun. Dikacukkan dengan elemen Metalcore dan J-Rock dalam muzik dorang, sedikit sebanyak menampilkan sisi berbeza dalam Damned.
![]() |
Gitaris: You https://instagram.com/you_damned_gt |
Awalnya dorang dikenali sebagai Veltro dan ditubuhkan seawal tahun 2022. Menampilkan Keigo (vokalis), Kou (gitaris), You (gitaris, You tu nama dia, bukan you tu kau!), Sakura (bass), dan Masaya (dram).
![]() |
Vokalis: Keigo https://www.instagram.com/keigo_damned |
Ketika Veltro, dorang sempatlah rilis dua single iaitu Grimnir dan Revenir. Namun pada 16 September 2022, dorang mengumumkan bahawa ingin dikenali sebagai Damned.
![]() |
Bass: Sakura https://instagram.com/sakura_damned |
Single Revenir dilabelkan kembali sebagai lagu Damned dan bukannya Veltro. Manakala Veltro pula menjadi single rasmi pertama Damned. Pening plak nama band tukar menjadi single lagu. Hahaha.
![]() |
Dram: Masaya https://instagram.com/masaya_damned |
Kalau korang nak try layan, bolehlah dengar dorang di bawah:
Post a Comment