Sum 41 Bakal Hadir Dengan Album Terbaru - Ianya Ada Kejutan Terbesar


kredit: Instagram Sum 41

Band Pop Punk dari, Sum 41 bakal meriliskan album terbaru mereka, Heaven And Hell. Sang vokalis, Deryck Whibley menjelaskan kepada media Rolling Stone bahawa album berkembar ini menampilkan satu ambisi yang paling tinggi dalam kerjaya muzik mereka. 


Tambahnya lagi, rilisan yang dibahagi kepada Heaven dan Hell menampilkan kelainan masing masing. Heaven lebih kepada pop punk manakala hell lebih kepada Metal!


"Seperti yang aku dengarkan semua (lagu-lagu terbaru dorang), eh adakah aku dah buat album berkembar secara tak sengaja ni?" Jelas Whibley kepada pihak Rolling Stone.


Menjelaskan tentang inspirasi bahagian Metal dalam album tersebut, Whibley menjelaskan: "Gini, ada some part datang daripada perasaan kepada mereka yang pernah melukakanku." Manakala untuk bahagian Punk, beliau menambah: "Ianya sangat bermakna bagi aku bahawa ianya muzik yang bagus. Seperti ada sesuatu dalam muzik ini yang membuatkan rasa muda dan bebas," ulasnya.


Sum 41 sudah mencapai usia 24 tahun dalam penjalanan muzik. Mereka sudah menghasilkan beberapa album dengan jualan hampir 15 juta. Nantikan album terbaru mereka serta harap-harap mereka datang lagi ke Malaysia.


Sumber: Rolling Stone

Post a Comment

Previous Post Next Post